Soalan Lazim

Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan tiket ke KEPCI Music Fest?

  • Langkah 1: Beli mana-mana daripada empat Set KEPCI Music Fest dalam satu resit 
    • Setiap set akan melayakkan anda untuk dapatkan 1 tiket. Anda boleh membeli seberapa banyak set yang anda mahu.
    • Set KEPCI Music Fest hanya boleh didapati di restoran KFC, aplikasi KFC & KFC.com.my
  • Langkah 2: Isikan maklumat anda dan muat naik resit di sini.
    • Anda perlu mengisi butiran dan lokasi pilihan anda (tertakluk kepada kekosongan lokasi).
    • Anda perlu memuat naik resit unik. Resit yang sah perlu mengandungi butiran yang  jelas – ID Restoran, Tarikh Pembelian, ID Pesanan / Transaksi dan Nama Produk.
  • Langkah 3: Dapatkan e-kod peserta melalui e-mel selepas Langkah 2 selesai.
    • Setelah penyerahan berjaya, peserta akan mendapat e-mel pengesahan dengan e-kod unik untuk perserta mendaftarkan e-tiket.
    • Kuantiti e-kod unik akan berdasarkan bilangan Set KEPCI Music Fest yang dibeli.
    • E-kod yang diberikan adalah untuk tempat yang dipilih.
  • Langkah 4: Daftar untuk menebus e-tiket dengan e-kod yang diterima dalam Langkah 3.
    • Klik pautan pendaftaran dalam e-mel pengesahan anda dalam Langkah 3 dan daftarkan setiap e-kod unik.
    • Anda akan mendapat e-tiket melalui e-mel yang disediakan dalam borang pendaftaran

Mudah sahaja! Bawa tiket anda  ke konsert dan jom berhibur bersama KFC.

Bolehkah saya gunakan resit dari pesanan atas talian?

  • Boleh! Resit pembelian daripada Applikasi KFC, KFC.com.my, dine-in, take away, Kiosk, dan/atau Imbas dan Pesan sahaja akan diterima.
  • Resit dari GrabFood, ShopeeFood, AirAsia Food & Food Panda tidak diterima untuk Event ini.

Bolehkah saya menghantar lebih dari sekali untuk mendapatkan lebih banyak tiket?

  • Boleh! Setiap pengguna dibenarkan menghantar beberapa kali dengan resit unik tertakluk pada kapasiti lokasi.
  • Setiap resit sah untuk satu penyerahan sahaja.
  • Peserta boleh membeli lebih dari satu Set KEPCI Music Fest Meals dalam satu resit.

Saya tak dapat muat naik resit saya, macam mana nak dapat kod?

Jika resit tak berjaya muat naik, boleh cuba lagi dan ikut arahan untuk pastikan resit anda jelas.

Ataupun anda boleh teruskan dan klik “Manual Verification”. Isikan informasi yang di perlukan, kami akan mengesahkan dalam masa 1 hari berkerja.

Tolong! Saya tidak mendapat e-mel untuk e-kod / e-tiket saya.

  • Untuk melengkapkan proses, anda akan menerima 2 e-mel:
    • E-kod akan diberikan melalui e-mel dalam Langkah 1
    • E-tiket akan diberikan berdasarkan e-mel yang didaftarkan di Langkah 4.
  • Sila semak e-mel spam untuk memastikan bahawa e-mel masuk ke dalam peti e-mel yang betul.
  • Jika anda menghadapi sebarang kesulitan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan KEPCI Music Fest di info@kepcimusicfest.com.

Ada bayaran masuk ke?

  • Dapatkan tiket KEPCI Music Fest secara PERCUMA dengan pembelian set hidangan KEPCI Music Fest Meals yang sah, cuma ikut Langkah 1-4 untuk mendapatkan e-tiket! 

Bagaimanakah untuk dapatkan tiket saya setelah saya mendaftar?

E-tiket anda akan dihantar melalui e-mel.

Adakah saya perlu menukar nama pada tiket jika saya mendapat tiket daripada orang lain?

Tidak. Tetapi semua pembelian set KEPCI Music Fest Meals harus dilakukan di platform yang dipercayai (milik kami!). Sila ketahui lebih lanjut mengenai Terma & Syarat kami kfc.com.my.

Adakah saya perlu menyediakan tiket fizikal (dicetak) untuk masuk?

Tidak. Anda hanya perlu tunjuk e-tiket di festival.Jika anda  mempunyai soalan lanjut yang tidak disenaraikan di atas, jangan segan untuk menghubungi pasukan KEPCI Music Fest di info@kepcimusicfest.com.

Adakah saya perlu di vaksin untuk menghadiri KEPCI Music Fest 2023?

Betul. Sekurang-kurangnya 2 dos vaksinasi diperlukan untuk memasuki festival.

Apakah had umur bagi mereka yang menghadiri KEPCI Music Fest?

Anda perlu berumur 7 tahun ke atas dialu-alukan untuk hadir dan mereka yang berumur di bawah 18 tahun mesti ditemani oleh seorang dewasa.

Adakah terdapat makanan & minuman di festival tersebut?

Ada, kami tidak akan biarkan anda berlapar. Kami akan menjual makanan dan minuman yang diluluskan oleh Kolonel Sanders sendiri! Pembayaran boleh dibuat secara tunai, kad, pembayaran QR atau e-tunai. 

Adakah pemeriksaan keselamatan dan/atau beg akan dijalankan pada festival tersebut?

Ada. Ini untuk memastikan keselamatan semua orang, pemeriksaan keselamatan dan beg akan dilakukan sebelum memasuki dewan. Sila rujuk senarai Do’s and Don’t kami untuk barangan  yang boleh dan tidak boleh dibawa.

Siapakah barisan artis yang berada di setiap lokasi festival?

Lihat barisan artis kami sini!

Sekiranya saya menghadiri karnival, bolehkah saya menghadiri konsert juga?

Karnival & Konsert adalah percuma untuk semua. Anda boleh menghadiri kedua-duanya atau salah satu. Walau bagaimanapun, anda memerlukan tiket yang sah untuk menghadiri konsert – dapatkan Set KEPCI Music Fest Meals di sini! kfc.com.my 

Bagaimana jika hujan pada hari festival?

Hujan atau panas, kami tidak akan berhenti untuk berhibur!

Bolehkah saya hadiri konsert di Kuala Lumpur jika saya dari Sarawak?

Boleh. Asalkan anda membeli set KEPCI Music Fest Meals dan melengkapkan langkah-langkah yang dinyatakan di atas untuk mendapatkan e-tiket untuk lokasi pilihan anda. (tertakluk kepada kapasiti setiap lokasi).

Pukul berapa karnival dan konsert bermula?

Karnival akan bermula pada jaml 3 petang dan Konsert akan bermula pada jam 8 malam.

Bagaimanakah cara saya memilih tempat duduk saya untuk konsert itu?

Kategori tiket adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Tempat duduk akan diberi secara rawak dan berdiri.

Jika anda mempunyai soalan yang tidak disenaraikan di atas, sila hubungi pasukan Kepci Music Fest di info@kepcimusicfest.com